fbpx

Sate Kajang bakal jadi makanan warisan Selangor tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian petugas membakar Sate Kajang pada acara Fiesta Sate Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang hari ini. FOTO - AMREE AHMAD/KOSMO!

SEPANG – Kerajaan Selangor akan mewartakan Sate Kajang sebagai makanan warisan negeri tersebut pada tahun depan selaras dengan populariti jenama produk berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, ia sebagai usaha mengangkat imej makanan tradisional popular itu.

Katanya, kertas cadangan mengenai usaha tersebut telah sedia dipertimbangkan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat) dalam masa terdekat.

“Selepas itu, ia akan dibawa pula kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sebelum diwartakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas rasmi Pra-Pengisytiharan Sate Kajang Sebagai Makanan Warisan Selangor bersempena Fiesta Sate Selangor di Avani Goldcoast Resort di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Borhan menambah bahawa cadangan berkenaan telah diutarakan sejak Konvensyen Identiti Selangor yang dianjurkan Padat pada tahun 2011.

“Usaha bagi pewartaan Sate Kajang sedang dilaksanakan oleh pihak Padat dan pelbagai kajian meliputi aspek sejarah, latar belakang, cara ramuan dan sebagainya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI