fbpx

Roti canai roti terbaik: Permaisuri Agong zahir rasa bangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah di Facebook rasmi Istana Negara.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas, baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kejayaan itu yang menyaksikan roti canai mengalahkan India yang popular dengan roti naan dan juga Eropah yang terkenal sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.

“Roti canai juga adalah pilihan makanan yang digemari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, menduduki ranking pertama dalam carta tersebut, roti canai mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas.

Pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia.

Pada September tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI