fbpx

Ramai harap Farid, Diana rujuk semula betul-betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid dan Diana dikatakan bakal rujuk semula sebagai suami isteri dalam tempoh idah.

PETALING JAYA – Meskipun tiada lagi kata putus, pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil yang dijangka bakal rujuk kembali selepas bercerai talak satu bulan lau mendapat respons positif daripada orang ramai.

Rata-rata netizen ibarat merestui keputusan tersebut dan berpendapat itu adalah yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Restu tersebut diberikan selepas kedua-duanya dilihat begitu mesra ketika ditemu bual dalam sebuah portal hiburan dan saling membuat sentuhan fizikal.

“Tangan Farid yang diletakkan di atas paha Diana kelihatan tidak canggung, sudah rujuklah ini.

“Alahai sukanya lihat kemesraan mereka kembali. Sedih pula teringat momen turun naik mahkamah tempoh hari,” komen segelintir netizen.

Namun, terdapat juga yang berharap aksi mesra tersebut bukan sekadar gimik atau konten murahan untuk mempromosikan sebarang produk atau filem lakonan mereka.

Selain itu, beberapa video detik manis mereka sekeluarga yang sebelum ini pernah dimuat naik dalam Instagram turut tular dalam media sosial iaitu majlis sambutan hari jadi Farid.

Terbaharu, Farid juga dilihat menemani Diana sesi raptai atau latihan untuk persembahan yang dijangka berlangsung hari ini.

Sejak kelmarin, nama Diana dan Farid kembali menjadi sebutan ramai selepas tular video memaparkan mereka kelihatan mesra selepas sebulan berpisah secara rasmi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

Lafaz cerai tersebut dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet kerana tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.

Diana juga dalam beberapa temu bual sebelum ini enggan berkongsi terlalu banyak mengenai komunikasinya dengan Farid kerana merasakan perkara tersebut sebagai sesuatu yang privasi.

Kontroversi rumah tangga pasangan itu timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

Alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI