fbpx

Novak Djokovic buru emas Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mengakui pingat emas Olimpik sangat penting dalam kariernya biarpun sudah memenangi 24 gelaran Grand Slam. - AFP

VALENCIA – Memburu pingat emas Sukan Olimpik menjadi salah satu matlamat utama Novak Djokovic untuk musim depan walaupun juara Grand Slam 24 kali itu sedar ia bukan tugas yang mudah untuk menggapai kemenangan di temasya berprestij dunia tersebut.

Bintang tenis No.1 dunia tersebut mengakui dia perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi jadual padat sebelum meneruskan perjuangan di temasya empat tahun sekali itu di Paris.

Jaguh tenis Serbia tersebut sebelum ini berjaya memenangi pingat gangsa di Beijing 2008 dan gagal di tiga temasya sewaktu di London 2012, Rio 2016 dan Tokyo dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Djokovic yang akan mencapai usia 37 tahun dilihat masih cergas sebelum ke Paris selepas merangkul tiga gelaran Grand Slam pada 2023.

“Rancangan saya buat masa ini adalah untuk menyertai Sukan Olimpik, jadi saya berharap saya akan dapat bermain di pentas berprestij tersebut.

“Saya akan bersedia dari segi fizikal dan mental. Ia akan menjadi jadual yang sangat padat dan mencabar tahun depan, dengan Roland Garros di atas tanah liat, Wimbledon di atas rumput, Olimpik di atas tanah liat dan kemudian Terbuka AS. Kejohanan sebelum itu di gelanggang keras.

“Ia akan memberi cabaran kepada pemain, tetapi rancangan saya adalah untuk bermain Olimpik, kerana ia adalah salah satu acara terpenting dalam sejarah sukan itu.

“Di situlah anda juga mewakili negara dan perasaan menjadi sebahagian daripadanya adalah satu penghormatan yang besar,” kata Djokovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI