fbpx

Korban puluhan ribu nyawa di Libya boleh dielak-WMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH masjid masih utuh berdiri kelmarin selepas banjir besar melanda bandar Derna di Libya. -- AFP

GENEVA, Switzerland – Ang­ka korban amat besar dan kerosakan meluas harta benda akibat banjir di Libya boleh dielak sekiranya sistem pengurusan kecemasan serta amaran awal yang optimum disediakan, kata Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) kelmarin seperti laporan laman berita RT.

“Pihak pengurusan kecema­san akan mampu memindahkan ramai penduduk dan korban sebegitu besar dapat dielakkan,” kata Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas kepada pemberita di Geneva, Switzerland.

Banjir kilat di timur Libya Ahad lalu mengakibatkan dua empangan runtuh. Air deras yang mengalir turun memusnahkan satu pertiga bandar tepi pantai Derna.

Pusat Meteorologi Libya dila­porkan mengeluarkan amaran cuaca buruk 72 jam sebelum Ribut Daniel melanda dan memaklumkannya kepada kerajaan melalui e-mel.

Bagaimanapun, Taalas menyuarakan keraguan tentang kecekapan sistem amaran sedia ada dan berkata, masalah utama Libya dalam menangani bencana alam seperti banjir ialah sistem pemerintahan yang tidak berfungsi secara normal.

“Sekiranya perkhidmatan meteorologi beroperasi secara normal, ia boleh menguar-uarkan amaran bencana,” katanya.

Sementara itu, usaha menyelamat di Derna semakin giat dilakukan dengan beberapa pe­gawai kerajaan di timur Libya melaporkan sekurang-kurangnya 6,000 kematian, 10,000 mangsa hilang dan lebih 7,000 yang lain cedera.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Datuk Bandar Derna, Abdulmenam al-Ghaithi berkata, seramai 20,000 orang dipercayai terkorban dalam bencana tsunami yang berlaku selepas kedua-dua empangan itu pecah.

“Memandangkan keadaan ke­selamatan di negara Afrika Utara itu begitu sukar, sukar juga untuk pergi ke sana dan memperbaiki keadaan,” kata Taalas menurut agensi berita Reuters.

Operasi menyelamat di Derna dikatakan rumit disebabkan oleh perpecahan politik dan pertempuran di negara itu.

Sejak Muammar Gaddafi digulingkan sebagai pemimpin Libya pada 2011 dalam konflik yang mendapat campur tangan dan sokongan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Libya berpecah kepada Kerajaan Perpaduan Nasional yang diiktiraf masyarakat antarabangsa di Tripoli, manakala sebuah lagi pemerintahan berpangkalan di timur negara itu.

Pada Khamis lalu, Taalas juga mendakwa bahawa usaha WMO sebelum ini untuk membantu pihak berkuasa Libya menambah baik sistem meteorologi negara itu terhalang disebabkan oleh ancaman keselamatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI