fbpx

Kanak-kanak lemas mandi sungai paya bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT kanak-kanak lemas ketika mandi di sungai paya bakau di Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi yang ditemui diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KOTA TINGGI – Kegembiraan seorang kanak-kanak mandi-manda sungai di Kampung Baru Sungai Mas di sini bertukar tragedi apabila ditemui lemas hari ini.

Mangsa, Muhammad Izwan Shah Nazeri, 13, dikatakan bersama tiga rakan lain mandi di sungai paya bakau tersebut sebelum rakannya menyedari dia lemas.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II KUP Abd Rahim Abd Rani berkata, Pusat Gerakan Oprerasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mangsa lemas melalui talian MERS999 pada pukul 10.12 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dari BBP Bandar Penawar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa remaja lelaki berumur 13 tahun lemas semasa mandi di sungai.

“Mangsa dilihat oleh orang awam dan dibawa ke kawasan selamat oleh orang awam sebelum PKO tiba di lokasi kejadian.

“Difahamkan ketika kejadian mangsa bersama tiga rakannya mandi di sungai tersebut sebelum rakannya menyedari mangsa lemas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut hadir di lokasi dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes disiasat dibawah laporan mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI