fbpx

[VIDEO] Sah! Farid, Diana rujuk semula secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID dan Diana kelihatan mesra tidak ubah seperti pasangan sedang hangat bercinta ketika betemu media semasa menghadiri Karnival Mega Suria di Petaling Jaya, hari ini. - SYAKIR RADIN

PETALING JAYA – “Kami akan rujuk ke secepat mungkin.”

Demikian kata pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle mengesahkan kehadiran mereka ke mahkamah dalam masa terdekat bagi proses rujuk selepas sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mereka kini telah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri yang menjadi persoalan ramai.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, urusan tersebut akan dilakukan secepat mungkin namun tidak mahu tergesa-gesa memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.

“Kami akan ke mahkamah untuk proses rujuk semula. Semua ini perlu dilakukan mengikut proses.

“Tapi tidaklah tergesa-gesa. Masih ada masa. Bukan saya tak mahu umum rujuk tapi perkara ini melibatkan proses mahkamah,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Diana ditemui media ketika Karnival Mega Suria 2023 yang berlangsung di Padang Timur Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, turut hadir menemani Diana namun tidak boleh bercakap banyak susulan masalah sakit tekak yang dihidapi sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Farid sempat berbisik ke telinga Diana memberitahu, mereka tidak berhenti berdoa agar bertemu penyelesaian terbaik setelah kemelut panjang sehingga berlakunya perceraian sebelum ini.

Tambah Diana yang turut mewakili suaminya itu dalam melontarkan kata-kata, mereka kini masih dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka pada masa akan datang.

“Farid kata kami tidak pernah berhenti berdoa. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua telah ditentukan Allah SWT.

“Sekarang ini kami masih dalam masa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami kembali membina apa yang kami pernah ada sebelum ini.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang hal ini. Perlu ada privasi antara hubungan kami,” ujarnya.

Sementara itu, pelantun lagu Bersama Dengan Rindu itu juga mengharapkan hubungan mereka akan terus berkekalan demi dua orang cahaya mata mereka iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Saya membesar tanpa kasih sayang bapa. Jadi tak mahu anak-anak lalui perkara sama.

“Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik buat saya,” jelasnya.

Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun usia perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI