fbpx

Dedah butiran kontrak sewa tanah di Paya Terubong – Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oh Tong Keong.

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang digesa mengemukakan butiran kontrak sewa membabitkan sebidang tanah di tanah bukit Paya Terubong di sini yang bakal dimajukan sebagai ikon pelancongan baharu negeri itu.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, ia perlu dilaksanakan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang mengenal pasti sama ada penyewaan tanah tersebut mengancam kepentingan rakyat.

“Tanah yang disewakan kepada sebuah syarikat adalah merupakan tanah bukit di kawasan Paya Terubong yang keluasannya kira-kira 165 hektar.

“Kerajaan negeri merupakan pemilik tanah dan tanah tersebut disewa bukan untuk kegunaan pertanian semata-mata, tetapi ia juga untuk pembangunan tempat pelancongan agrikultur yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

“Kita bimbang projek pembangunan yang bakal dijalankan di tanah bukit ini akan memberi impak yang serius terhadap keselamatan struktur bukit, alam semulajadi, dan keadaan tadahan air di sana,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan bahawa Pulau Pinang bakal mempunyai sebuah lagi ikon pelancongan baharu membabitkan sektor agro pelancongan serta pertanian menerusi Projek Agro Tourism Paya Terubong.

Projek bernilai kira-kira RM40 juta itu akan dibangunkan ditanah pajakan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seluas kira-kira 165 hektar oleh KAT Resources Sdn Bhd.

Menurut Tong Keong, pihaknya bimbang insiden tanah runtuh akan berlaku seperti tragedi di Batang Kali sekiranya projek itu tidak diurus dan dijaga dengan baik.

“Rakyat Pulau Pinang juga kecewa dengan kerajaan negeri bersikap uang ‘double standard’ terhadap permohonan rakyat berbanding dengan syarikat besar. Rakyat Pulau Pinang tidak dibenarkan menggunakan tanah tersebut bagi tujuan pertanian tetapi syarikat besar dibenarkan untuk menyewa tanah bukit itu selama 45 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI