PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh Semenanjung serta Sabah sehingga pukul 3 petang hari ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan hanya melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Johor (Kota Tinggi)
“Kawasan yang diramal dilanda hujan lebat di Sarawak adalah di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, dan Betong (Pusa, Betong, Kabong),” ujarnya.
Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.