fbpx

Afes tubuh Rise KL untuk capai sasaran kadar kitar semula negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah melakukan gimik pelancaran dengan mengangkat kotak untuk dikitar semula pada Majlis Perasmian RISE KL di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Alam Flora Environmental Solutions (Afes) berjaya mengorak langkah ke hadapan dengan melancarkan fasiliti kitar semula, juga dikenali sebagai Recovery Initiative Sustainable Eco-Facility Kuala Lumpur (RISE KL).

Syarikat di bawah naungan Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) itu membangunkan fasiliti tersebut untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula negara kepada 40 peratus menjelang tahun 2050.

Ia juga seiring dengan inisiatif persendirian Malakoff untuk mencapai kadar kitar semula 15 peratus hingga 20 peratus menjelang tahun 2025.

Menurut Pengarah Afes, Datuk Mohd Zain Hassan, fasiliti pendidikan tersebut dibangunkan untuk memberi pengetahuan komprehensif mengenai amalan terbaik tentang kitar semula dan pemisahan sisa untuk menangani peningkatan pembuangan sisa di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

“Afes juga berharap dengan adanya RISE KL, kesedaran orang awam tentang kepentingan kitar semula akan bertambah.

“Bukan itu sahaja, kami juga berharap untuk terus mendapat sokongan daripada kerajaan dalam menubuhkan lebih banyak fasiliti kitar semula seperti RISE KL pada masa akan datang,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian RISE KL oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Menurutnya, fasiliti RISE KL mampu menerima sehingga 50 tan sisa kering sehari untuk diasingkan dan dikitar semula.

Ia dibangunkan dengan penubuhan operasi kitar semula secara manual dan dinaiktaraf secara berperingkat sehingga beroperasi sepenuhnya pada Januari 2022 menggunakan proses semi-automatik dari sumber aliran tunggal (single stream) atau dwi aliran (dual stream). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI