fbpx

Trishya & Co perkenal pelan simpanan emas galak orang muda ceburi pelaburan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nayli Batrishya (lima dari kiri) bersama Raskidah (enam dari kanan) pada majlis pelancaran Trishya & Co di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Trishya & Co yang terkenal dengan rekaan emas bernuansakan identiti Malaysia, mahu menarik minat orang muda memiliki barangan kemas keluaran syarikat dengan pelan simpanan emas dengan pembayaran bulanan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Pengasas syarikat, Nayli Batrishya Norbik Bashah berkata, setelah cukup tempoh simpanan tersebut, pelanggan boleh menuntut koleksi barangan kemas yang ditempah di Trishya & Co.

Menurut usahawan yang baharu berusia 18 tahun itu, inisiatif ini adalah salah satu usaha syarikat untuk mendidik generasi muda mula menabung dan membuat pelaburan dalam emas yang berpotensi untuk jangka panjang.

“Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas. Pada masa yang sama, saya mahu mendidik  remaja melakukan pelaburan emas, daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Trishya & Co Opulent dan pelancaran koleksi terbaru, Lady Bug yang juga merupakan koleksi pertama kanak-kanak keluaran jenama itu di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini.

Selain itu, pengasas bersama Trishya & Co, Datin Dr. Raskidah Ali menjelaskan, keluarna barangan kemas yang terdiri daripada koleksi loket pesona (charm beads) seperti bahulu, wau bulan, kuih lapis, gong dan durian yang disuai padan dengan gelang tangan gelung bakal dipamerkan dalam sebuah pameran fesyen terbesar di London menjelang akhir tahun ini.

Beliau yang teruja dengan pelawaan daripada pihak penganjur itu menyifatkan ini satu peluang keemasan bagi syarikat untuk memperkenalkan rekaan dan keunikan Malaysia khususnya set ikonik yang dinamakan sebagai sebagai Links of Malaysia (LOM) ke pasaran antarabangsa.

“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi,   malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI