fbpx

Tiga maut, Naza Citra dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Naza Citra di KM 154, Jalan Jerangau - Jabor berhampiran persimpangan Cheneh - Mak Lagam, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tiga individu dipercayai sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna, Naza Citra yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran persimpangan Cheneh-Mak Lagam di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kenderaan dinaiki lima individu termasuk tiga mangsa berkenaan dikatakan dirempuh oleh sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, setakat ini, seorang lelaki dewasa yang memandu kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua lagi mangsa meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini. Identiti dan pertalian antara mangsa tersebut sedang dikenal pasti,” katanya ketika dihuhungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafiezul Mohamad berkata, sewaktu anggota bomba tiba di lokasi kemalangan, empat mangsa lain iaitu seorang wanita dan tiga kanak-kanak telah dihantar ke hospital.

Beliau berkata, pemandu yang tersepit dan telah meninggal dunia di dalam kenderaan yang remuk teruk kemudian dikeluarkan anggota bomba dalam tempoh 45 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI