fbpx

Semua perlu hormat, akur arahan pihak berkuasa agama negeri – Ustaz Kazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Perak, Datuk Mohd Najmuddin Elias menyampaikan Watikah Tokoh Agama PERKIM Bahagian Negeri Perak kepada Mohammad Kazim. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai penangguhan sesi mengajar dan bersyarah oleh semua penceramah agama termasuk dari luar negara ke Perak.

Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata, arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu bukanlah sesuatu yang baharu malah telah dilaksanakan oleh beberapa negeri sebelum ini.

“Sebenarnya, arahan yang sama telah keluar daripada pihak berkuasa agama negeri lain sebelum Perak. Sebab itu, kita tidak perlu terkejut kerana ada negeri yang telah mendahului Perak, ada yang hampir empat tahun keluarkan arahan sama.

“Jadi, apa yang Perak buat ini (penangguhan sementara) bagi saya tiada apa-apa, negeri lain sudah buat dan kenapa tidak kecoh pun.

“Lagi pun, ini adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak dan baginda juga sama sekali tidak menghalang ceramah. Bagi yang ada tauliah, ceramah tidak disekat dan berjalan seperti biasa. Yang tidak dibenarkan sementara waktu ini adalah penceramah luar kerana JAIPk perlu buat penyusunan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima watikah pelantikan sebagai Tokoh Agama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Perak 2023-2025 di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, larangan kepada penceramah yang tiada tauliah untuk mengajar atau berceramah juga tidak perlu dijadikan isu sebaliknya ia perlu dipatuhi semua pihak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI