fbpx

Satu pedati bawa dua jenazah kerabat diraja N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pedati yang membawa jenazah bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dalam istiadat pemakaman 8 September lalu.

KUALA PILAH – Pedati yang digunakan pada istiadat pemakaman jenazah bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin merupakan pedati yang sama membawa jenazah suaminya, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember 2008.

Briged Kedua Belas Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 16 das Tembakan Kehormatan Artileri telah dilaksanakan di luar perkarangan Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tembakan Kehormatan Artileri itu diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Asri bin Che Wil dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) berpengkalan di Kem Sungai Buloh, Selangor serta 5 Pegawai dan 45 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Butir pertama Tembakan Kehormatan Artileri sebanyak 16 das dimulakan ketika Kumpulan Pedati yang membawa jenazah Almarhumah bergerak dari Istana Besar Seri Menanti dan butir ke 16 adalah semasa Kumpulan Pedati sampai di Makam Diraja Seri Menanti.

Selain itu, tembakan meriam tersebut yang menggunakan jenis 105mm M102 diketuai oleh Kapten Muhamad Edifarhan Maswari selaku Pegawai Pos Perintah dengan dibantu oleh Trup Sarjan Mejar iaitu PW II Mohd. Rozlan Daud.

Terdahulu, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada usia 100 tahun di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.

Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin juga merupakan bekas Raja Permaisuri Agong yang ke-10 iaitu dari 1994-1999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI