fbpx

Rujuk? Biar datang dari mulut Farid – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA Danielle serahkan kepada bekas suami, Farid Kamil untuk mengumumkan keputusan yang bakal diambil.

PELAKON, Diana Danielle menyerahkan kepada bekas suami, Farid Kamil untuk mengumumkan sama ada mereka akan rujuk semula sebagai suami isteri atau sebaliknya.

Diana, 32, atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson bagaimanapun mengakui mereka kini sedang membincangkan perkara yang membawa kebaikan masa depan kedua-dua pihak.

“Nak bagi apa-apa perkembangan pada ketika ini, rasa rasa lebih baik Farid yang lakukannya sebab dia lelaki,” katanya.

Jelas Diana lagi, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat namun tidak memperincikan apa jenis keputusan yang akan diumumkan.

“Saya tak nak berselindung tapi kami pun dalam keadaan, ‘we wanna take it slow’ (perlahan-lahan).

“Kami masih cuba mencari jalan macam mana mahu betulkan hidup masing-masing sekali lagi.

“Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi pada masa hadapan. Kami perlu buat keputusan tidak lama lagi,” katanya.

Hari ini kecoh apabila Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, dan Diana dikatakan bakal rujuk semula sebagai suami isteri selepas sebulan bercerai.

Semuanya gara-gara video audio siar bersama sebuah portal hiburan yang menyaksikan mereka duduk berborak dalam keadaan mesra saling tidak tumpah seperti pasangan muda sedang dilamun cinta.

Pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI