fbpx

Piala Malaysia: Perak FC bangkit ikat The Rhinos di Likas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Wan Zack Haikal melakukan terjahan ke atas tonggak Sabah FC, Saddil Ramdani pada aksi di Stadium Likas sebentar tadi. - Foto ihsan Facebook Perak Football Club

PETALING JAYA – Pasukan Perak FC mempamerkan kebangkitan untuk mengikat tuan rumah, Sabah FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia dengan keputusan 2-2 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, skuad Sabah FC yang dianggap sebagai pilihan terlebih dahulu menjaringkan gol hasil tandukan penyerang utama, Darren Lok seawal minit keempat.

Namun, kelebihan The Rhinos hanya mampu bertahan enam minit apabila Perak berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kaptennya, Luciano Guaycochea pada minit ke-10.

Kedua-dua pasukan saling mengasak dalam usaha menambah jaringan tetapi kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sekali lagi meraih gol awal dan kini diledak oleh Ramon Machado yang menyudahkan hantaran Saddil Ramdani pada minit ke-46.

Pasukan The Bos Gaurus tampil cemerlang untuk mengikat tuan rumah 2-2 berselang lapan minit kemudian hasil gol penyamaan pemain berpengalaman, Wan Zack Haikal.

Sabah dilihat semakin terdesak untuk memburu bekalan selesa sebelum aksi suku akhir kedua gagal menambah jaringan dengan keputusan seri kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Aksi suku akhir kedua dijadualkan berlangsung pada 25 September depan di Stadium Perak, Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI