fbpx

Pengganti Salahuddin akan diisi segera – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi ‘berteka-teki’ dalam soal calon sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurutnya, beliau memberi jaminan kekosongan itu akan diisi secepat mungkin.

“Insya-Allah kita akan isi kekosongan (jawatan), kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin,” katanya ketika ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya akan berlaku rombakan kecil dalam Kabinet bagi mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN itu susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Ditanya sama ada kerajaan akan meletakkan calon Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kayat yang menang di Parlimen Pulai baru-baru ini, Anwar bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

“Kena tulis surat kepada saya, saya timbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI