fbpx

Nahas Elmina: Kedua-dua juruterbang sihat, cukup rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kedua-dua juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390, Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, 17 Ogos lalu tidak mempunyai masalah perubatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Susulan itu, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan mendapati faktor kesihatan diketepikan sebagai punca nahas itu berlaku memandangkan kedua-dua juruterbang itu juga mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan.

Menerusi laporan itu juga, difahamkan transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit itu telah selesai dan analisis sedang dijalankan.

Katanya, transkrip tersebut hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI