fbpx

Mahkamah: Nasib Yasin tiga pertuduhan dadah diketahui 3 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa barang kes pada perbicaraan kes dadah Yasin hari ini.

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 3 Oktober ini bagi keputusan diakhir kes pendakwaan tiga pertuduhan dadah penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman.

Keputusan sama ada Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, dilepas atau dipanggil membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu, akan ditentukan Hakim Faiz Dziyauddin.

“Pihak pendakwaan dan pembelaan Muhammad Yasin perlu memfailkan hujahan bertulis pada 29 September. Mahkamah menetapkan keputusan diakhir kes pendakwaan pada 3 Oktober ini,” kata hakim itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menutup kes selepas tujuh saksi selesai dipanggil memberi keterangan dengan saksi terakhir ialah Profesor Dr. S. Sreeramanan yang juga pakar bioteknologi tumbuhan.

Selain Raja Zaizul turut mengendalikan kes ialah Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Semasa prosiding Raja Zaizul turut memaklumkan pihak pendakwaan menawarkan tujuh saksi kepada pembelaan antaranya doktor dan anggota polis.

Bagaimanapun, peguam Nur’ain Shahiera Khalid yang mewakili Yasin, mengesahkan tidak bercadang dan memerlukan untuk memanggil saksi yang ditawarkan pendakwaan pada prosiding bela diri.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwaan ketiga memberitahu Yasin kelihatan cemas dan terkejut semasa polis menyerbu unit kediaman rumahnya di Damansara.

Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Darwis Aripin, 42, berkata Yasin dilihat dalam situasi demikian selepas dia dan beberapa anggota lain memperkenalkan diri sebagai polis.

Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI