fbpx

Lelaki tiga tahun ketagih makan, minum air simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris mencampur simen ke dalam air minumannya. - Foto/iNews TV/Bugma

JAKARTA, Indonesia – Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia mempunyai tabiat pelik kerana sering makan dan minum air simen ketika bekerja, lapor laman berita SindoNews hari ini.

Haris Daeng Ngalle  yang merupakan penduduk daerah Pattallassang, akan mencampurkan simen ke dalam air minumannya untuk diminum.

Semasa bekerja, dia juga akan mencampurkan buah-buahan yang disediakan di tempat kerjanya dengan simen sebelum ia dimakan.

Haris melakukan tabiat pelik itu sejak tiga tahun lalu dan amalan itu tidak menyebabkan dia sakit atau mengalami masalah penghadaman.

Menurut Haris, kali pertama dia makan simen adalah ketika  terperangkap di dalam gudang yang penuh dengan habuk dan simen.

Sejak itu, Haris seronok menghidu habuk dan cuba makan simen di gudang.

“Rasa simen memang sedap, sampai sekarang saya ketagih,” kata Haris.

Sehingga kini, Haris masih sihat dan terus bekerja di sebuah kedai bahan binaan di Daerah Pattallassang, Kabupaten Takalar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI