fbpx

[KEMASKINI] Bapa dan dua anak kecil disahkan maut kemalangan, isteri hamil cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan keluarga Ammir Hussein yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 154, Jalan Jerangau - Jabor berhampiran persimpangan Cheneh - Mak Lagam, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang bapa dan dua anak lelakinya termasuk bayi berusia setahun disahkan maut dalam kemalangan di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam di sini hari ini.

Identiti pemandu kenderaan pelbagai guna, Naza Citra terbabit dikenal pasti sebagai Ammir Hussein Mohamad, 38, yang menetap di Taman Bukit Kuang Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua anak lelaki itu yang turut terkorban pula disahkan sebagai Ammzar Husszair Al Hussein, 4 dan Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1.

“Isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, yang sedang hamil mengalami kecederaan pada bahagian perut. Anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, turut tercedera dan masih tidak sedarkan diri di Hospital Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, Ammir Hussein maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan, manakala dua anak lelakinya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

“Sewaktu kejadian mereka dikatakan dalam perjalanan menghantar sabun jualan ke Cheneh dari rumah mereka. Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Naza Citra mereka naiki dirempuh lori membawa muatan pasir yang dikatakan tiba-tiba hilang kawalan akibat kegagalan brek,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI