fbpx

Inisiatif sejuta al-Quran, gagasan penting Kerajaan Madani – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis penghantaran tiga kontena al-Quran sempena Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah Al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 15, hari ini -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Inisiatif pencetakan dan pengedaran sejuta naskhah al-Quran adalah gagasan penting Kerajaan Madani dalam memberi makna kepada penghayatan Islam seterusnya memartabat umat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin inisiatif ini dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata, penerbitan dan percetakan al-Quran terjemahan serta majlis penghayatan al-Quran ini memberi makna penting supaya al-Quran dapat memberi petunjuk kepada umat Islam.

“Ada segelintir pihak bicara soal Islam dengan panas dan maki hamun malah, menganggap semua di negara Barat itu sesat tanpa apa-apa usaha mendidik dan memberi kefahaman.

“Ini yang saya cuba ungkap dalam Kerajaan Madani dimana soal nilai akhlak menjadi teras tertentu untuk agama khususnya al-Quran,” katanya ketika berucap pada Majlis penghantaran tiga kontena al-Quran sempena Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah Al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 15, di sini, hari ini.

Katanya, beliau akui syukur melihat kemajuan yang dicapai oleh Yayasan Restu dalam usaha mencetak dan mengedar sejuta al-Quran ini.

Terdahulu, Anwar melepaskan konvoi penghantaran tiga kontena al-Quran sempena Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah Al-Quran yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 15, di sini.

Program ini adalah rentetan pengumuman oleh Anwar untuk mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran melalui Yayasan Restu pada awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI