fbpx

Gas Malaysia agih bantuan makanan untuk gelandangan, miskin bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hashimi (kanan) menyedikan pek makanan untuk diagihkan kepada gelandangan dan miskin bandar pada program CSR Gas Malaysia di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku hari ini.

 

PETALING JAYA – Dalam usaha meringankan beban golongan kurang berkemampuan, Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) dengan kerjasama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) hari ini menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada gelandangan dan miskin bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, inisiatif yang selaras dengan tema ‘Memperkasakan Komuniti’ mampu membantu menangani isu miskin bandar disamping menyalurkan bantuan kepada komuniti gelandangan yang memerlukan.

“Kami berhasrat untuk memberi harapan baharu kepada komuniti yang kurang berkemampuan melalui program ini. Ia juga telah menjadi kewajipan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Inisiatif yang diambil pihak kami seperti memberi bantuan makanan kepada gelandangan dan miskin bandar adalah komitmen tegas kami dalam mewujudkan kesejahteraan kepada masyarakat,” katanya.

Jelasnya, inisiatif yang julung kalinya dilaksanakan bersama Pertiwi itu mampu membantu mereka untuk menyelami kehidupan sebenar gelendangan dan golongan miskin bandar terutamanya di di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

“Membantu golongan tidak berkemampuan merupakan teras utama organisasi kami. Walaupun terdapat beberapa cabaran dalam menjayakan inisiatif ini, tetapi dengan kerjasama erat dengan organisasi seperti Pertiwi, kami percaya semuanya dapat dilakukan dengan baik.

“Inisiatif ini juga sebenarnya mampu memberikan suntikan kehidupan baharu kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk hidup dengan lebih baik,” tambahnya.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, En. Ahmad Hashimi Abdul Manap, Datin Haryani Abdul Hamid, Ahli Exco yang mewakili PERTIWI dan disokong oleh sukarelawan Gas Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI