fbpx

Gabungan 7 bunga segar dalam Aura31

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak tujuh jenis bunga diadun bagi membentuk Aura31 yang menyerlahkan seri wajah.

AMALAN dan tradisi mandi bunga memang tidak asing lagi dalam kalangan orang Melayu terutamanya bagi mengembalikan semangat, meningkatkan aura positif dalam diri serta menyerikan wajah.

Malahan, secara saintifik, memang terbukti menerusi amalan mandi bunga, segala khasiat ekstrak kelopak bunga segar dapat diserap ke dalam kulit dan tubuh akan bertindak balas dengan aura positif daripada setiap jenis bunga tersebut.

Menyedari kelebihan itu, sebuah syarikat bumiputera, Haus Cosmetics tampil memperkenalkan buah tangan terbaharu, Aura31 yang dikeluarkan dari kilang kosmetik halal mereka sendiri iaitu GIM Cosmetics.

Menurut pengasasnya, Norazimah Abd. Jalil, berbeza dengan jenama Haus Cosmetics yang menampilkan rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit, Aura31 lebih fokus kepada kecantikan dan kesihatan dari dalaman dan spiritual.

“Aura31 merupakan minyak mandian yang mengandungi ekstrak daripada tujuh jenis bunga terpilih.

“Setiap bunga mengandungi khasiat dan manfaat tersendiri, warna yang berbeza dan membawa aura yang berlainan,” katanya.

Tambahnya, dengan Aura31, sesiapa pun boleh mengamalkan mandi bunga bukan sekali dalam sebulan, tetapi setiap hari dengan kos yang mampu milik sekali gus dijamin mendapat khasiat yang tulen daripada tujuh jenis bunga terpilih di dalam satu botol.

Minyak mandian mengandungi bunga-bungaan ini mampu meningkatkan aura positif dalam diri.

Ditanya mengenai jenis bunga yang digunakan, Aura31 menggunakan bunga tsubaki pink (aura kecantikan), geranium pink (aura kasih sayang), lavender ungu (aura ketenangan), jasmin putih (aura kebaikan), calendula oren (aura kecergasan), kenanga kuning (aura keceriaan) dan ros merah (aura keberanian).

Tambahnya, syarikat mengambil masa selama hampir enam bulan untuk proses kajian dan pembangunan produk sebelum dipasarkan.

“Aura31 dihasilkan berbeza dengan produk sedia ada di pasaran kerana yang pertama, setiap bunga yang dipilih adalah daripada hasil kajian pembacaan dan nasihat golongan arif seperti ustaz dan juga saintis dari Korea.

“Setiap formulasi produk yang dikeluarkan dari kilang kosmetik halal GIM Cosmetics, dijamin formulasinya selamat dan berkesan untuk pengguna.

“Bila anda menggunakan Aura31, saya berani jamin, semua bahan mentah digunakan adalah dari gred kualiti yang premium, ada sijil halal dan ada kajian,” ujarnya.

Jelas Norazimah lagi, manfaat Aura31 yang lain dapat membantu mengembalikan kebahagian pasangan suami isteri selain meningkatkan keyakinan dan melancarkan komunikasi selain menyerlahkan seri wajah, keyakinan diri serta aura positif.

Aura31 boleh didapati di TikTok Shop @aura31official dan juga laman sesawang www.aura-31.com dan akan diperluaskan platform jualan di Shopee dan Lazada dalam masa terdekat.

Ia dijual pada harga RM67 sebotol dan turut menyediakan pakej yang lebih jimat iaitu tiga botol untuk RM147 sahaja (RM49 sebotol).

Lebih istimewa, bagi pembeli Aura31, pembelian seterusnya boleh menikmati diskaun 5 peratus dengan hanya imbas kod QR pada flyers yang diberikan dalam bungkusan penghantaran anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI