fbpx

Dua rakan maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa dari bawah lori terbabit, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku di pasar Maludam, malam tadi.

SARATOK – Dua rakan meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori 10 tan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di pasar Maludam, di sini kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bertindak mengeluarkan seorang daripada mangsa dari bawah lori terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, lelaki berusia 27 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Klinik Kesihatan Maludam.

Katanya mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Manakala, katanya seorang lagi mangsa iaitu lelaki berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Maludam.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Maludam menggunakan ambulans sebelum meninggal dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI