fbpx

Dituduh cop Ayu anak derhaka, Nourul Depp selar penyebar fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOURUL mendedahkan sudah 10 bulan tidak bertemu dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp naik geram apabila segelintir peniaga online sengaja memanipulasikan isu perang dinginnya bersama anak sulung, Ayu Nazirah sebagai tarikan melariskan jualan.

Menurut Nurul, terdapat segelintir pihak menggunakan kenyataan bekas suaminya, Ajai, sehingga mencetuskan spekulasi lain.

Katanya, Ajai memberi penjelasan yang baik dan mudah difahami semua pihak, namun ada peniaga online mencipta berita menamakan Ayu sebagai anak derhaka untuk bahan promosi.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, juga tidak faham dengan sikap kebanyakan peniaga online yang suka mengambil kesempatan atas isu yang tidak diketahui hujung pangkal.

“Mana ada dia (Ajai) sebut kami kata anak derhaka.  Shoppee affilliate ni yang derhaka ni. Saya tak fahamlah suka ambil peniaga affiliate atau orang tengah macam ini yang suka ambil kesempatan dengan cerita entah apa-apa,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut meluahkan perasaan geram sehingga secara berseloroh mahu menampar muka si penyebar fitnah.

“Apa akaun IG Shoppee Malaysia? Geram betui la kami. Tampaq, bisu! Inginku maki, tapi nanti orang kata apa pula,” katanya.

Enggan membiarkan orang ramai terus percayakan spekulasi liar, Nourul memohon jangan lagi salah faham terhadap hantaran yang dimuatnaik mengenang pengalaman melahirkan anak sulungnya itu 25 tahun lalu.

Katanya lagi, semua itu hanya luahan hati seorang ibu yang bukan bermakna menunjukkan mereka bergaduh besar atau bermasam muka.

“Terima kasih kerana berjalan dalam kasut saya. Terima kasih kerana ada dalam kepada dan hati saya dan amat memahami 100 peratus apa yang saya lalui.

“Spekulasi itu boleh jadi penghasut. Pergi baca wasiat Rasullullah SAW kepada Saidina Ali AS tentang penghasutan, tentang mengumpat dan fitnah.

Memang kami kongsi, hanya luahan dari hati manusia yang tidak sempurna,” luah penyanyi Kerana Terluka itu dalam hantaran lain.

Dalam pada itu, Nourul memuat naik gambar bersama Ayu selain memuji sikap prihatin puteri sulungnya, sekaligus menepis spekulasi mereka sedang berseteru.

“Kami (saya) sakit dia jaga, kami masuk hospital buat hysterectomy, dia jaga. Tidur di hospital. Dia anak yang baik,” tambahnya.

Terdahulu, perkongsian Nourul tentang pengalaman melahirkan Aya mengundang pelbagai reaksi berikutan kenyataan dirinya telah ‘mati’ semasa membesarkan gadisnya itu.

Ayu adalah zuriat tunggalnya hasil perkahwinannya bersama komposer terkenal Ajai, namun mereka berpisah pada 2007.

Lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp dan diserikan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI