fbpx

Cuaca cerah hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 11 pagi hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan hanya melibatkan seluruh negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.

“Kawasan yang diramal dilanda hujan lebat di Kedah adalah di sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan,” ujarnya.

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI