fbpx

Anwar tidak tolak kemungkinan beri penjelasan DNAA Ahmad Zahid di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika meletakkan al-Quran yang siap dicetak untuk diwakafkan sebagai simbolik Majlis Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen.

“Mungkin, insya-Allah” katanya ringkas ketika ditanya sama ada beliau bersedia memberi penjelasan mengenai DNAA itu.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan sendiri di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid.

Hassan berkata, penjelasan itu penting bagi membolehkan ahli Parlimen pembangkang mendapat penjelasan sebenar mengenai isu berkenaan.

“Adalah lebih baik Perdana Menteri menjelaskan sendiri isu berkaitan Presiden UMNO itu berbanding kenyataan yang dilaporkan di media,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.

Malah Anwar juga menyatakan tidak pernah memberi arahan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkaitan permohonan menghentikan prosiding yang mendorong kepada keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan terhadap Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI