fbpx

ADUN Jepak meninggal dunia petang tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham disahkan meninggal dunia pukul 5.50 petang tadi.

PETALING JAYA -Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching pukul 5.50 petang tadi.

Pemergian Allahyarham yang juga bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) itu disahkan oleh sumber Pejabat Premier Sarawak.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Talib yang memegang ADUN Jepak selama enam penggal meninggal dunia dua hari selepas sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72 iaitu pada 13 September lalu.

Jenazah Allahyarham dilaporkan akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada pukul 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar pukul 9 malam.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dengan 4,243 undi majoriti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI