fbpx

[VIDEO] Baru tahu Siti Nurhaliza pun tidur, siap pipi ‘labuh’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto keadaan Siti Nurhaliza yang tertidur bersama anaknya Muhammad Afwa menjadi tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Pernah atau tidak kita terbayang bagaimana rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin apabila tertidur, adakah sama keadaannya seperti anda tidur?

Persoalan tersebut terjawab apabila satu klip video penyanyi terbabit dikongsikan di salah satu media sosial beliau sendiri hari ini.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Instagram CTDK, pembawa lagu popular Cindai itu dilihat tertidur bersama anak keduanya, Muhammad Afwa dalam sebuah kenderaan ketika menuju ke satu destinasi yang tidak dinyatakan.

Melalui perkongsian tersebut, ramai yang memuji keadaan penyanyi itu tertidur yang mana masih lagi mengekalkan wajah jelita beliau.

Malah keadaan kedua-dua pipi anak beranak itu juga dikatakan sama ‘labuh’ oleh pengguna media sosial termasuk hantaran daripada artis-artis lain.

“Bila Ayah duduk depan, inilah hasilnya. Tapi Ayah kata ‘cute’ dua beranak ni. Sama labuh pipinya,” tulis hantaran tersebut.

“DK! (Datuk K) ok ini paling ‘epic’ tak tahu nak picit pipi sapa,” tulis penyampai radio terkenal, Fara Fauzana.

“Buat pertama kali kita dapat melihat ‘our legend singer’ Siti Nurhaliza tidur rupa macam mana. Tidur pun cantik ni kalau dengkur agak-agak ada bunyi lagu Nirmala original key tak,” jelas ig.syedamir. – KOSMO! ONLINE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI