fbpx

Stor penyimpanan diserbu, 11,000 liter diesel dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu semasa menjalankan serbuan ke atas stor penyimpanan diesel tanpa permit yang sah di Jalan Kong Yit Khim, Sibu semalam.

SIBU – Kegiatan satu sindiket penyeludupan diesel di sini terbongkar apabila stor penyimpanannya di Jalan Kong Yit Khim diserbu oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata hasil serbuan Op Taring Kontraban yang dijalankan kira-kira pukul 5.30 petang itu turut merampas sebanyak 11,000 liter diesel.

“Hasil pemeriksaan di stor itu menjumpai kira-kira 11,000 liter diesel yang disimpan di dalam tong berwarna putih berkapasiti 1,000 liter setiap tong. Nilai keseluruhan rampasan diesel dan peralatan dianggarkan sebanyak RM50,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 30 tahun turut ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI