BEKAS peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom meluahkan rasa kesal berdepan kutukan netizen berkenaan kisahnya bercerita pengalaman pernah disorok bunian ketika zaman kecil.
Luahan pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram itu dikongsikan dalam Facebook. Dia menyesal berkongsi cerita lama.
Katanya, ada orang hanya membaca tajuk sampai menyangka dia baru saja disembunyikan bunian sekali gus mengecamnya tanpa usul periksa.
Lebih teruk dalam ruangan komen ada yang mendakwa penyanyi itu berhalusinasi, selain menuduhnya lalok apabila bercerita kisah ketika berusia tiga tahun.
Mizz Lahar tak nampak di mana silapnya sebab dia berkongsi pengalaman yang turut diceritakan ahli keluarga sendiri serta orang kampung.
Jadi tak payahlah sampai dakwa Tom kongsi status dalam laman sosial ketika sedang lalok, suka berkhayal dan sebagainya. Kalau tak suka jangan baca.
Mizz Lahar: Selebriti seorang ini dari dulu rupa-rupanya percaya kepada ‘mak esah’.