fbpx

Sasar 200 premis sehari sertai KPDN Spot-i

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuhairi (enam kanan) dan Mohd. Abdullah (lima kanan) ketika selepas penyerahan poster pengimbas KPDN Spot-i di Petron RnR Sungai Buloh, hari ini.

HULU SELANGOR – Sebanyak 200 premis termasuk kedai runcit disasarkan menyertai platform Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Spot-i sehari di Selangor.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, platform tersebut merupakan digitalisasi capaian maklumat dan informasi termasuk harga barangan keperluan dan kawalan untuk panduan kepada para pengguna.

Katanya, ini juga memudahkan sebarang aduan dibuat oleh para pengguna termasuk sekiranya tidak meletakkan harga atau harga tidak tepat dengan pelabelannya.

“Kita telah mulakan dua bulan lepas bagi pra pelancarannya di premis terpilih dan mendapatkan maklum balas amat baik dan terbuka di kalangan peniaga dan pengguna.

“Semua infografik berkaitan polisi dan informasi terkini daripada KPDN. Contonya stesen minyak, kita jalankan penentusahan dan pengujian dispenser pam supaya tidak wujud isu minyak diisi kurang antara sesebuah syarikat stesen minyak,” katanya pada sidang akhbar pada program Ride For Rahmah (RFR) hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan edaran poster rasmi KPDN Spot-i di stesen minyak hentian rawat dan rehat (R&R) Sungai Buloh yang turut dihadiri Pengurus Kawasan Petron Lembah Klang, Sabah dan Sarawak, Mohd. Abdullah Shabri.

Mohd. Zuhairi menjelaskan Selangor menjadi perintis kepada platform tersebut sebelum diperluaskan kepada seluruh negara oleh pengurusan tertinggi KPDN.

Ujarnya, pengguna hanya perlu mengimbas poster KPDN Spot-i tersebut sebelum memasuki platform berkenaan.

“Seramai 77 pegawai pemeriksa dan pemantau harga akan turun ke premis setiap hari dengan menampal poster tersebut termasuk di kedai aceh dan pasar-pasar selain melakukan tugas rutin harian mereka.

“Kita juga berikan maklumat yang bukan dibawah KPDN contohnya sekarang berhubung gangguan bekalan beras sebagai pengetahuan kepada pengguna dan peniaga,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI