fbpx

Puteri Norway akan berkahwin dengan ‘pawang besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Martha Louise dan Derek Verett akan berkahwin pada musim panas tahun depan. – GETTY

OSLO, Norway – Monarki Norway, Puteri Martha Louise akan mengahwini pasangannya, Durek Verrett pada musim panas tahun depan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Verrett merupakan seorang shaman atau pawang dari Amerika Syarikat(AS).

Raja Harald V mengucapkan tahniah kepada mereka dan berkata, baginda gembira untuk menyambut Verrett ke dalam keluarganya.

Puteri itu melepaskan tugas-tugas diraja tahun lalu untuk menguruskan perniagaan perubatan alternatif yang  dikongsi bersama tunangnya.

Verrett dikenali ramai kerana mempromosikan amalan perubatan tanpa bukti saintifik.

Beliau menyatakan, kanser adalah penyakit pilihan dan menjual medalion secara online untuk mencegah Covid-19, manakala Martha Louise mendakwa boleh berkomunikasi dengan malaikat.

Mereka bertunang pada Jun 2022 dan menerima restu Raja Harald V.

“Kami teruja untuk Verrett menyertai keluarga diraja dan kami menanti hari besar (perkahwinan) tersebut bersama mereka.

“Kami mengharapkan yang terbaik buat Martha Louise dan Verrett,” kata raja dan permaisuri Norway dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam.

Perkahwinan mereka akan diadakan di bandar Geiranger di tepi sebuah fiord yang dinobatkan sebagai  tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Verett yang menganggap dirinya Shaman Generasi Ke-6, pernah mendakwa bahawa beliau bangkit daripada kematian dan meramalkan serangan  9/11  ke atas AS dua tahun sebelum tragedi berlaku.

Martha Louise pula pernah berkahwin dengan penulis, Ari Behn. Mereka bercerai pada 2017 dan Behn yang mengalami kemurungan, meninggal dunia akibat membunuh diri pada 25 Disember 2019.

Martha Louise ialah anak sulung Raja Harald V. Adik lelakinya, Putera Mahkota Haakon akan mewarisi takhta selepas ayahnya mangkat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI