fbpx

PN alu-alukan Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kiri) dan Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan sekiranya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu menyertai gabungan parti tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu terbuka menerima mana-mana Ahli Parlimen yang berprinsip.

“Jadi prinsip kami, kita alu-alukan Ahli Parlimen untuk bersama dalam PN. Soal dia nak duduk di posisi mana, itu hak masing-masing.

“Bukan makna kita duduk dalam kerajaan kita tidak boleh kemukakan ketegasan kita. Ada Ahli Parlimen kerajaan pun lantang menyuarakan pendapat masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim turut menegaskan tiada tawaran kedudukan diberikan kepada Syed Saddiq.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga tidak menolak isu melepas tanpa bebas (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi senjata PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Saya rasa ia sebahagian daripada bahan kempen. Siapa tidak ambil peluang ini, rugi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI