fbpx

Peruntukan khas naik taraf tandas, selenggara institusi pendidikan tidak pinggir SBK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Peruntukan khas pelaksanaan kerja-kerja naik taraf tandas dan penyelenggaraan institusi pendidikan kerajaan tidak meminggirkan kebajikan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan sesetengah pihak berkenaan peruntukan khas bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf tandas dan penyelenggaraan institusi pendidikan kerajaan.

“Walaupun peruntukan khas ini diberi khusus kepada Sekolah Kerajaan (SK), KPM tidak sama sekali meminggirkan SBK.

“Pada tahun 2023, KPM menyediakan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SBK di seluruh negara.

“Sumbangan bantuan penyelenggaraan SBK telah dibuat berdasarkan kepada Garis Panduan Pengurusan Sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2021 dan Tatacara Pengurusan Sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2023,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Jelas KPM, Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI