fbpx

Penganjur perhimpunan Sabtu ini kemuka notis tidak lengkap -Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak notis ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan Sabtu ini ekoran butiran diberikan tidak lengkap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, prosedur yang perlu diikut termasuk memaklumkan kepada pihaknya lima hari sebelum perhimpunan dibuat.

Katanya, selain itu butiran juga gagal diberikan termasuk lokasi perhimpunan dan nama-nama penganjur terlibat.

“Maklumat risikan mendapati lokasi (perhimpunan) berubah-ubah dan yang terakhir kami mendapat tahu ia akan dibuat di salah sebuah masjid di Kampung Baru.

“Ketiadaan ketetapan dari pihak pengajur akan menyukarkan pengguna jalan raya terutamanya perhimpunan yang dilaksanakan pada hujung minggu,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, ketenteraman awam sentiasa menjadi objektif utama pihaknya dan memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan keterlaluan selagi keamanan terjamin.

“Kita tidak mahu ‘over react’ tetapi kita akan siapkan pasukan kita, kita tidak mahu menyusahkan orang ramai.

“Mereka individu berpengalaman menganjurkan perhimpunan jadi kita akan ambil tindakan sepatutnya, pihak penganjur juga tahu berkenaan implikasi undang-undang,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI