fbpx

Ops Khas: JPJ sita 3,111 motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKMAN (tengah) memeriksa lesen seorang penunggang motosikal pada Operasi Khas Motosikal di Lebuh Raya AMJ dekat Malim, Melaka. -foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 3,111 motosikal sepanjang Operasi Khas Motosikal yang dilaksanakan bermula awal bulan ini sehingga semalam di seluruh negara.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, kesemua motosikal yang disita itu diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya awam.

Katanya, JPJ bertindak menyita motosikal bertujuan menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi bagi mengelakkan perkara tidak diingini yang menjadi punca kecederaan parah atau kemalangan maut.

“Motosikal yang disita boleh dituntut pada bila-bila masa selepas mereka melengkapkan semua dokumentasi dan kes kesalahan diselesaikan termasuk mendapatkan perlindungan insurans.

“Selain itu JPJ bercadang akan bekerjasama dengan dua agensi berkaitan untuk mengekang penjualan alat ganti kenderaan khususnya bagi tujuan modifikasi motosikal yang menyalahi undang-undang,” ujarnya selepas Ops Khas Motosikal di Lebuh Raya AMJ dekat Malim di sini, malam tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI