fbpx

Nazri angkat sumpah sebagai ADUN Simpang Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRI mengangkat sumpah sebagai ADUN Simpang Jeram pada Persidangan Kedua DUN ke-15 di Bangunan Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Bangunan Kota Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Nazri, 56, yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Parti Amanah Negara (Amanah) Bakri mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, Sabtu lalu, Nazri yang juga calon Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,514 undi.

Dalam pada itu, Mohd. Puad merakamkan ucapan tahniah kepada Nazri yang memenangi PRK DUN Simpang Jeram dan Suhaizan Kayat dari Pakatan Harapan di Parlimen Pulai.

Mohd. Puad turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Salahuddin dan memohon semua ADUN bertafakur seketika manakala ADUN beragama Islam membaca Al-Fatihah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI