fbpx

Mahkamah: Lelaki maki pegawai polis didenda RM90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara memaki pegawai kanan polis, seorang peniaga didenda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin mengenakan denda itu terhadap Sabindo Simon, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Sekiranya denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama seminggu dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkelakuan tidak sopan dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis, Deputi Superintendan Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Kepong, pukul 12.10 tengah malam pada 9 September lalu.

Bagi kesalahan itu pertuduhan didakwa dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Tahun 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad yang mewakili tertuduh merayu supaya mahkamah mengenakan denda minimum dengan alasan tertuduh kesal dengan perbuatannya selain memohon maaf kepada pegawai polis berkenaan atas insiden yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI