fbpx

Jangan jadi macam di pasar ikan -Timbalan Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor menegur Ahli Parlimen agar tidak menjadikan suasana persidangan Dewan Rakyat seperti pasar borong.

Teguran itu dibuat susulan Ahli Parlimen yang bertikam lidah serta bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat berhubung kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 hari ini.

“Saya nak dengar, kalau yang berhormat nak juga jadi pasar borong, fakta tak dapat direkod dan penjelasan saya tak dapat dengar. Jadi, saya minta kerjasama agar bertenang.

“Janganlah kita ubah kuorum ini menjadi pasar ikan,” katanya semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin membangkitkan isu pengguna tiga helikopter oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sebuah majlis di Sungai Besar, Selangor.

Kenyataan itu menyebabkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mencelah dan meminta penjelasan berhubung perkara itu sebelum Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6) mengenai ahli dewan yang tidak boleh membuat sangkaan jahat ke atas ahli lain.

Sehubungan itu juga, Ramli membuat ketetapan agar Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mengemukakan usul supaya perkara itu bole dinilai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk dibawa ke Parlimen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI