fbpx

Jangan guna anak untuk seksa mental saya – Bekas menantu Zainal Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzursofia ditemui pemberita selepas hadir di Mahkamah Majistret Sepang pagi ini.

SEPANG – “Sudah empat bulan saya tidak bertemu dengan anak kedua. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada Aidilfitri lalu.”

Demikian luahan Suzursofia Smeth Jaya, 32, yang juga bekas menantu jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Bekas isteri kepada anak sulung Zainal Abidin, Mohd Zaiza, 37, itu berkata, dia seolah-olah dinafikan untuk bertemu dengan anak keduanya, Seri Zayana yang berusia dua tahun.

“Saya hendak sangat berjumpa anak, tetapi mereka minta saya ambil sendiri anak di rumah mertua. Saya takkan jejakkan kaki ke rumah itu lagi.

“Kenapa tidak menghantar anak ke rumah saya. Ke mana saya hendak bawa anak pergi. Saya masih lagi bekerja sebagai pramugari.

“Saya hanya mahu bermalam dan berjumpa anak-anak ketika saya cuti. Saya takkan kacau rutin harian anak. Lagipun, anak sulung Muhammad Zaynedine Sulaiman yang berusia enam tahun masih bersekolah.

“Kenapa hendak menggunakan anak untuk seksa mental saya. Mereka kena faham bahawa hak penjagaan anak belum jatuh (diputuskan) kepada sesiapa lagi,” dakwanya.

Suzursofia berkata demikian ketika ditemui selepas hadir di Mahkamah Majistret Sepang pagi ini berhubung kes dipukul bekas suaminya pada Februari lalu.

Terdahulu, Mohd. Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul Suzursofia di sebuah pangsapuri di Cyberjaya. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Dalam pada itu, Suzursofia memberitahu, peguamnya kini membalas afidavit dengan peguam Mohd. Zaiza bagi pengurusan hadhanah anak-anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI