fbpx

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula 19 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 19 September 2023 dan berterusan sehingga November 2023.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, permulaan fasa tersebut menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei 2023.

“Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir. Lazimnya, ia bakal membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.

Tambah Helmi, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI