fbpx

Euro 2024: Spalletti nikmati kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRATTESI meledak dua gol ketika Itali meraih kemenangan ke atas Ukraine pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Dua gol Davide Frattesi menghadiahkan kemenangan pertama buat pengendali Itali, Luciano Spalletti ketika menundukkan Ukraine 2-1 pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024, awal pagi semalam.

Ketika debutnya dengan Macedonia Utara sebelum ini, bekas jurulatih Napoli itu hanya mampu meraih keputusan seri 1-1, namun kemenangan kali ini pastinya memberikan kelegaan buat The Azzurri yang kini mengumpul tujuh mata untuk menghuni tangga kedua kumpulan.

“Sejak beberapa minggu lalu, terdapat banyak tekanan di mana saya juga perlu memahami banyak perkara dalam tempoh singkat. Kami perlu berasa gembira dengan keputusan ini,” kata Spalletti.

Kedua-dua gol Frattesi hadir dalam tempoh setengah jam, bermula pada minit ke-12 dan 29 manakala jaringan tunggal Ukraine dihasilkan oleh Andriy Yarmolenko.

Walaupun cuba meningkatkan tekanan kepada Itali, Ukraine nyata tidak bernasib baik apabila tuan rumah dilihat memiliki idea untuk mengekang setiap gerakan.

Sementara itu, Frattesi tidak menganggap dirinya sebagai pemain yang luar biasa kerana percaya masih banyak perkara yang dia perlu belajar.

“Sudah jadi perkara normal saya tidak dapat berada dalam kesebelasan utama di Inter Milan namun perlawanan kali ini pastinya banyak membantu dan masih ada banyak yang perlu saya tingkatkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI