fbpx

Amira Aisya tidak berhasrat kosongkan kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRA AISYA ketika ditemui selepas Persidangan Kedua DUN Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd. Aziz tidak berhasrat untuk mengosongkan kerusi yang disandangnya kerana ia adalah mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

Tambahan pula, Amira Aisya yang juga Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, dia telah berjanji untuk berkhidmat kepada Puteri Wangsa dan kepada Negeri Johor.

Beliau berkata, mandat rakyat itu diberikan tentang janji-janji dan perjuangan yang dikongsi bersama Pakatan Harapan (PH) yang disebut sewaktu dalam PRU15 bagi menentang kegiatan rasuah.

“Isu kerusi ini adalah mandat rakyat yang telah diberikan, dan ada yang kata mandat rakyat itu atas tiket PH, tetapi ini adalah janji yang dipersetujui untuk menentang segala bentuk rasuah, kleptokrasi dan salah laku, janji-janji itu Saya masih pegang sehingga ke hari ini

“Kalau kita nak katakan perlu kosongkan kerusi kerana membelakangkan janji siapa yang sepatutnya perlu kosongkan kerusi,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Kedua DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai desakan beberapa pemimpin daripada PH dan Barisan Nasional (BN) yang mendesaknya dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengosongkan kerusi masing-masing.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI