fbpx

AmBank, BSN anjur bengkel pembangunan keusahawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Sulaiman; Pengarah Urusan Perbankan Runcit, AmBank, Aaron Loo; Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd. Rashid dan Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil pada majlis menandatangani program perkongsian strategik di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – AmBank (M) Berhad (AmBank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk mewujudkan bengkel pembangunan keusahawanan melalui Program Memperkukuh MSME (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) dalam memberi dorongan kepada MSME ke tahap seterusnya.

Program Memperkukuh MSME bertujuan untuk mempersiapkan peserta dengan ilmu celik kewangan, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan operasi dan pengetahuan transformasi digital.

Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada 200 MSME terpilih yang sebelum ini mendapat manfaat daripada Skim Pembiayaan Mikro BSN bagi meningkatkan tahap pertumbuhan perniagaan mereka dengan memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, menerusi perkongsian strategik dengan BSN, pihaknya berharap MSME bukan sahaja akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang keperluan pembiayaan, malah didedahkan kepada idea baharu, trend yang sedang berkembang dan model perniagaan inovatif.

“AmBank dan BSN kekal komited untuk meneruskan usaha dan inisiatif ini bagi memastikan MSME dapat memanfaatkan pelbagai program, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank pada bila-bila masa dalam membantu perjalanan pertumbuhan perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Program tersebut akan diadakan secara berkelompok bermula dari September ini sehingga Disember 2023 bertempat di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu serta menawarkan ganjaran tunai RM10,000 untuk modul perniagaan terbaik bagi setiap lokasi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI