fbpx

Ahli perniagaan dituduh bunuh kes penemuan mayat dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada 4 September lalu.

SEPANG – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada 4 September lalu.

Tertuduh B. Bhalraj, 42, didakwa melakukan pertuduhan itu terhadap mangsa, E. Pramkanna, 43, di Jalan UPM Serdang di sini kira-kira pukul 1.24 pagi.

Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh mengangguk tanda faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Muhammad Bukhori kemudian menetapkan 31 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun, tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum tidak kurang 12 sebatan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, polis yang membuat rondaan menemui dua lelaki dalam sebuah lori yang mana salah seorangnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI