fbpx

31 institusi Selangor terima wakaf Fisabilillah RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL PWS bergambar dengan guru SK Bandar Banting, Banting, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak 31 institusi di Selangor menerima sumbangan wakaf Fisabilillah berjumlah RM1.2 juta setakat bulan lalu.

Sumbangan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) itu diagihkan kepada enam masjid, sembilan surau, 14 sekolah, sebuah hospital dan musolla di bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Hamzah Tohar berkata, pengagihan itu bagi membantu pembangunan, penaiktarafan dan pembelian aset kekal atau yang boleh memberi manfaat sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun.

“PWS komited menyediakan pelbagai platform kepada orang ramai mewakafkan harta dalam bentuk harta alih.

“Ini turut melibatkan wakaf tunai dan harta tidak alih seperti tanah atau premis bagi meningkatkan pelaburan wakaf dalam ekonomi dan merealisasikan pembangunan sosial demi kesejahteraan ummah,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI