fbpx

[VIDEO] Ramai mahu sedekah rider Foodpanda motosikal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang rider berjalan kaki selepas motosikalnya didakwa ditahan pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial meluahkan kekecewaan dengan tindakan pihak berkuasa menahan motosikal seorang rider yang tular di media sosial, hari ini.

Rentetan kejadian itu, beberapa pengguna media sosial termasuk pempengaruh media sosial mahu membantu dengan memberikan motosikal lain sebagai ganti kepada rider tersebut.

Perkara itu dikongsi dalam komen pada klip video tular di aplikasi TikTok dan mereka yang menawarkan motosikal termasuklah individu yang dikenali sebagai @AJK.

“Tag owner (pemilik) tu kat saya, saya nak bagi motosikal untuk dia,” tulisnya.

Turut mahu membantu rider terbabit adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai @afiz utara.

“Siapa kenal, tag dia. Saya nak bagi motosikal baru,” katanya.

Pada masa sama, seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Aisar Khaled turut berminat untuk membantu rider tersebut.

“Boleh saya dapat contact (nombor telefon) abang ini secepat mungkin?,” soalnya.

Sehingga ini, klip video di TikTok itu mendapat lebih 26,000 tanda suka dan dikongsi lebih 3,200 kali.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan niat murni seorang lelaki mencari rezeki halal dengan menjadi rider terbantut apabila motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Daily Trafic Report, kelihatan rider berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). – KOSMO! ONLINE

@playgame_98 #viral #Fyp ♬ bunyi asal – FansAnime

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI