fbpx

[VIDEO] Rakyat Sarawak sayu lihat Agong keletihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan orang ramai yang setia menunggu ketibaan rombongan Seri Paduka Baginda di Kucing, malam tadi.

PETALING JAYA – Rakyat Sarawak setia menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di pekarangan Hotel Pullman, Kuching, malam tadi.

Walaupun tiba di hotel penginapan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, rombongan Seri Paduka Baginda disambut meriah dengan sorakan orang ramai yang mengalu-alukan ketibaan Baginda berdua.

Meninjau ruangan komen, orang ramai menyuarakan rasa terharu dan sayu dalam hati masing-masing apabila terkenangkan perjalanan jauh yang terpaksa ditempuhi Seri Paduka Baginda sepanjang Kembara Kenali Borneo.

“Berakhir sudah Kembara Kenali Borneo. Jemputlah datang lagi ke Sarawak. Saya sempat mengiringi rombongan kembara YDPA dari Betong sampai Kuching.

“Biasanya, saya hanya akan memandu sekitar dua jam. Kalau saya rasa penat, apatah lagi Tuanku yang memandu sendiri dan telah menjelajah Borneo selama 11 hari, mungkin dapat rehat beberapa jam sahaja,” kata Eija.

“Sarawak ada empat buah bandar raya utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri. Seharusya, (Seri Paduka Baginda) bermalam di setiap bandar raya utama.

“Sarawak ini luas, lebih besar dari Semenanjung. Sayu hati saya tengok Seri Paduka Baginda menahan penat lelah ketika menyusuri kami di Batu 13, Jalan Kuching-Serian tadi, sehinggakan Raja Permaisuri Agong demam,” komen Cynn.

“Rehat secukupnya Tuanku. Tidak sampai hati kami rakyat Sarawak melihat Tuanku dan anak-anak penat,” kata Becca.

Ketibaan rombongan Al-Sultan Abdullah di Kuching, semalam, melengkapkan Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer (km) sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Kembara selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut sama dalam Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI